9 Tips Untuk Menunggang Superbike Dengan Selamat

Anda Memiliki Superbike? 9 Tips Untuk Menunggang Superbike Dengan Selamat

Anda Memiliki Superbike? 9 Tips Untuk Menunggang Superbike Dengan Selamat | Apa itu superbike? Superbike adalah motosikal moden yang di cipta dalam reka bentuk bergaya dengan enjin berkuasa untuk kelajuan dan pecutan pantas. Tidak seperti motosikal biasa, superbike tidak hanya di gunakan untuk berulang-alik tetapi juga sebagai medium pengalaman menunggang yang lebih baik dan memberikan pengalaman yang jauh lebih hebat dari motorsikal biasa.

Pengendalian superbike memerlukan latihan berterusan, kerana ia adalah berbeza daripada pengendalian motorsikal biasa. Radius membelok lebih besar dan lebih sukar untuk bergerak dan mengawal pada kelajuan yang rendah, terutamanya di kawasan sesak. Pada pusingan U, langkah berjaga-jaga sangat penting dan apabila kelajuan melebihi 40 kmsj, superbike sangat hebat di tunggang.

Tidak di nafikan menunggang superbike memang hebat, tetapi jangan lupa kelajuan boleh mengkhayalkan anda dari memikirkan soal keselamatan dan sejak kebelakangan ini kemalangan melibatkan penunggang superbike di Malaysia agak membimbangkan, melihat kepada trend itu, berikut adalah 9 tips menunggang superbike dengan selamat terutama pada penunggang baru.

1. KONSENTRASI & TUMPUAN

Superbike menuntut tumpuan besar daripada penunggang kerana Superbike mampu mencapai kelajuan yang sangat tinggi dalam masa beberapa beberapa saat. Oleh itu, tumpuan adalah penting untuk mengelakkan sebarang kemalangan jalan raya .

2. PAKAIAN KESELAMATAN PENUNGGANG/ RIDING GEAR

Adalah penting untuk memakai pakaian keselamatan atau Riding Gear sebelum menunggang superbike. Riding Gear di perlukan bukan sahaja untuk melindungi semasa menunggang tapi juga semasa berlaku kemalangan. Kelajuan yang diperoleh oleh Superbike adalah tinggi dan pada kelajuan tinggi serpihan batu, kayu dan zarah lain dari jalan raya boleh terbang dan terkena pada penunggang dan pada Superbike. Walaupun kecil tetapi risiko tetap tinggi. Seperti kata bekas juara dunia Mick Doohan " Not wearing right gear is like wearing nothing ".

3. PEMBELAJARAN & PENGALAMAN

Sebelum menunggang superbike, penting untuk anda bermula dengan motorsikal yang berkuasa lebih rendah. Ini akan membantu anda mengumpul pengalaman dan kemahiran untuk menunggang superbike yang lebih berkuasa. Juga belajar tentang superbike ini dari mereka yang lebih terdahulu berpengalaman, menonton acara motorsikal, dan juga sentiasa berinteraksi bertukar pandangan. Pengetahuan ini akan sangat membantu untuk menunggang dengan lebih yakin.

4. BELAJAR MENUNGGANG DENGAN LANCAR

Tunggangan yang lancar adalah apa yang orang mahu dari superbike selain dari keseronokkan. Segalanya tentang pengalaman menunggang yang lebih baik. Di nasihatkan menukar gear dengan lebih lancar dan kawalan brek lebih tepat. Pecutan dan nyahpecutan yang mendadak secara mengejut boleh menyebabkan superbike tergelincir dan mengakibatkan kemalangan besar.

5. BERHATI-HATI DI MANA ANDA MENUNGGANG

Menunggang superbike di kawasan aliran traffik yang sibuk bukanlah perkara mudah. Superbike boleh membrek dan berhenti lebih baik untuk mengelak dari kenderaan lain yang sentiasa berhenti secara mengejut. Ini kerana kenderaan lain tidak boleh berhenti secepat superbike, dan risiko terjadi kemalangan di waktu aliran trafik sibuk adalah sangat tinggi, dan ini menuntut tumpuan tunggang yang tinggi.

6. PENYELENGGARAAN SUPERBIKE BERKALA

Pastikan superbike sentiasa dalam keadaan baik. Sentiasa periksa supaya tidak terdapat mana-mana komponen superbike yang longgar atau rosak, seperti tayar, rantai, mentol lampu, brek dan lain-lain yang boleh mengangu kelancaran semasa menunggang. Anda di nasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan superbike setiap kali ingin memulakan perjalanan.

7. BAHAN API YANG BAGUS

Komponen superbike adalah sangat mahal dan perlu di jaga. Pastikan bahan api/petrol yang anda gunakan dari kualiti yang terbaik seperti Ron97. Pastikan juga cecair penyejuk/coolant dan minyak enjin sentiasa mencukupi. Penggunaan bahan api yang tidak betul boleh merosakkan enjin superbike. Manfaatkan pengunaan buku log untuk mencatatkan perjalanan superbike anda, buku log bukan sahaja untuk mengetahui bagaimana mahal penyelenggaraan superbike, tetapi juga membantu mengetahui keadaan enjin. Enjin supebike yang berfungsi dengan baik akan menggunakan bahan api yang lebih rendah.

8. SENTIASA HIDUPKAN LAMPU "HIGH BEAM"

Lebih baik menghidupkan lampu tinggi superbike anda terutama pada waktu siang. Ia membantu pemandu kenderaan-kenderaan sedar kewujudan superbike anda terutama di kawasan trafik yang sesak.

9. PERLAHAN APABILA DI PERLUKAN

Ingat bukan semua pengguna jalanraya menunggang superbike. Oleh itu, mereka akan bergerak pada kelajuan tertentu. Di kawasan yang sesak atau kawasan tumpuan orang ramai, sentiasa perlahankan superbike anda supaya anda dapat bersama pengguna jalanraya yang lain melancarkan perjalanan.

Jika anda merasa maklumat ini berguna sila berkongsi pada rakan-rakan. Jika anda mempunyai maklumat tambahan mengenai bagaimana untuk menunggang superbike dengan selamat, sila berkongsi di ruangan komen di bawah.

0 comments:

Post a Comment

SEBaRANG PERTANYaaN SILA TiNGGALKAN DIRuANG kOMEN.
KEnYATAaN ATAU KeTERAnGAN aNDA AdALAh TaNGGuNG jAwAB AnDA